cinta sempurna....

kisahku adalah hidupku...

Jumaat, 25 Februari 2011

JOM heboh

hari ni aku berkesempatan bersama suami dan anak2 ke jom heboh..maklumlah tahun ni adalah tahun pertama jom heboh singgah di shabandar k.terengganu..memang best leh jumpa artis yang x pernah jumpa sebelum ni..jom kita layaaan gambar ni..
memang sesak
hos 999..ambil dr jauh je..org ramai sgt..
eri putra..ehh betoi ke nama dia?
dinaz mokhtar..cun gilerz..
sempat ambil gambar dgn pembaca berita sukan..memang sporting..
singgah bermalam di rumah adik ipar,..azizah..thanks diatas layanan yg terbaik...
firstime datang jom heboh..memang teruja sangat nak pergi..nasib baik cik abang nak ikut..kalau x merajuk panjang la jawab dia..hehe

Label:

Selasa, 22 Februari 2011

akif dan haikal masa kecik-kecik

gambar ni aku jumpa dalam simpanan adik aku..aku suka tengok gambar ni sebab masa ni akif berisi,,sekarang isi akif dah singgah kat aku pulak..dan aku semakin berisi..huhu


anak umi..muka sebiji sama dengan aku..
masa ni akif baru pandai  merangkak
aku,akif dan abey
haikal dengan ayah cik..gambar ni aku ambil dlm blog faraizar.

haikal dan akif adik beradik tak seiras..hehe

Label:

Ahad, 20 Februari 2011

wajah-wajah anak saudara

oleh kerana aku ni ramai sangat anak2 saudara,jadi hari ni aku nak upload gambar2 diaorang.. gambar-gambar ni aku ambil mana yang ade dlm simpanan aku aje la..yang x ade tu maaf di pinta,,so..kalau nak tahu aku mempunyai 45 orang ank saudara..dibelah suami aku x la ramai sangat cuma dlm 11 orang..

baby hariz

humaira 

 baby Delisha naznin
amin
adi



afikah



ni saje yang sempat aku upload sebab dah lewat malam.yang tak ade dlm gambar bi dharap jan bermuram durja kerana mokyie 0r mokngoh sayang kamu semua,,..so gud night..


anak2 adalah harta bagi aku dan anak2 saudara adalah permata hati bg aku..

Label:

cuti hujung minggu

minggu ni aku bw along n adik pergi jalan n ke taman mainan..suka melihat anak2 bermain..maklumlah semenjak berpindah rumah ni,aku kurang mengambil perjatian pada anak2 aku ni..asyik sibuk mengemas rumah aje..hari ini aku berkesempatan mengajak  along n adik bersiar2..














sempat lagi pa menyendeng kat sini






adik ni memang selalu mcm tu post dia
jumaat ni nak bawa anak2 ke rumah mok jah diaorang pulak..

Label:

Khamis, 17 Februari 2011

percayalah..

aku ni memang peminat no 1 siti dan anuar zain..sejak dari sekolah lagi aku dah minat kat siti n anuar zain..tapi aku more lagi minat pade siti la..anuar zain ni suam2 kuku je la. kalau keluar tv maknenya aku la yang paling depan duduk dpn tv tu..dulu hampir semua album siti aku ade..tp sekarang dah hilang entah kemana..tp aku sempat menghafal semua lagu siti ni..haha..kate dah minat..

gambar ni aku ambil dlm facebook siti..comel x?

tapi ramai jgk x minat dengan siti ni..

anuar zain pulak aku hanya minat kat rupa paras dia je.suara dia best jugak tp setakat ok je la....lagu dia yang paling aku suka adalah lagu lelaki ini..





terselit gambar deja moss kat belakang..

Label:

Rabu, 16 Februari 2011

student driver..

perkataan inilah yang paling aku tak suka..yang sebenarnya aku memang tak nak buat lesen ni..tp aku di paksa oleh suami aku..oleh sebab itu aku sekali lagi menjadi student yang dah tuo..memang x berminat..tp aku pergi juga kekelas memandu ni..kali pertama dan kedua aku boleh terima lagi kerana hanya duduk dibilik sejuk. bilik sejuk ni adalah panggilan cikgu disini untuk bilik kuliah kerana ada penghawa dingin.pada aku tetap panas sebab aku x suka belajr memandu ni.aku hanya mendengar dan mendengar sahaja,,masuk kali ketiga, ketegangan sudah berlaku pada aku kerana aku dikehendaki menunggang motor dan merempit di atas litar.haha....aku kena lakukan break emergency yang banyak kali x menjadi tu dan meniti titi yang disediakan yang banyak kali aku terkandas...aku x faham kenapa budak2 lain ok jew naik titi tu...kali ni aku kena belajar bersungguh2 untuk mendapat lesen P kerana dalam bulan hadapan aku kena melalui ujian dihadapan JPJ..ya Allah, aku ni dah la ade penyakit gemuruh..di buatnye jatuh depan JPJ,tak ke malu muka aku yang dah malu ni..harap2 semua berjalan dengan lancar..dan cepat2 la aku ni lulus supaya x lagi aku pijak lagi dekat sekolah memandu tu..

Label:

adik sakit gigi..

aduh..x tahu kenape pagi ni adik menangis tak henti-henti..puas di tanye tp tak dijawabnye..suruh makan pun adik tak mahu makan,.baru aku terfikir yang gigi dia banyak rosak..mungkin adik sakit gigi..mmm..memang x syak lagi memang adik sakit gigi..ape harus aku buat?

layu je mata adik..
hal gigi ni aku x takut sangat sb along pun pernah jadi mcm ni..memang dah tersurat dan tersirat gigi anak aku cepat rosak..walau aku dah jaga dengan baik sekali pun..berbalik pade adik td aku cuma bagi adik ubat tahan sakit jew..sebab kalau aku pergi klinik pun doktor x boleh buat ape2 sb gusi adik membengkak..lepas makan ubat adk dah boleh makan dengan baik..alhamdulillah..

Label:

cara-cara nak hormat suami....18sx juga la..

ari ni aku nak masukkan article tentang cara nak hormat suami..article ni aku ambil dalam blog khairulrijal..aku ambil article ni sebab nak belajar cara-cara nak hormat suami..sb aku rase aku begittu naif tentang cara-cara nak hormat suami ni.j

     Arwah guru saya pernah mengajarkan kepada saya dan ramai orang lain bahawa untuk menjaga sang suami sebenarnya amat mudah sekali iaitu:
Jaga mulut atasnya. Maksudnya jaga makan minumnya.
Jaga mulut bawahnya. Maksudnya jagalah kemahuan seksnya.
Jagalah minatnya. Maksudnya ialah belajarlah untuk menyukai dan mengongsikan minat suami.
Insya-Allah kalau tiga perkara di atas dijaga rapi, memang mudah untuk menjinakkan suami. Perkara 1 di atas agak mudah. Kalau tak pandai masak ikan asam pedas kegemaran suami, boleh sahaja beli di kedai, tetapi kalau perkara 2 tidak dapat dipenuhi, tidak boleh digantikan orang lain atau beli di restoran melainkan ada madu lain.
Menjaga mulut bawah suami adalah paling mahal antara 3 garis panduan asas membela suami. Suami yang tidak cukup makan mulut bawahnya ibarat kucing liar yang tidak cukup makan yang akan tercari-cari mangsa. Isteri yang cacat disebabkan tabiaat permakanan tidak akan dapat memberi cukup makan mulut bawah suami dan ini insyaAllah dapat diatasi dengan penjagaan seperti yang saya sebutkan di atas. Di Malaysia ini memang ramai sekali suami berkeliaran di luar rumah ibarat kucing lapar kerana tidak cukup makan di rumah.
Saya ingin membawa pembaca kembali kepada masalah berkaitan Puan Masri yang membenci suaminya selepas mendapat anak pertama. Puan Masri sangat gembira dengan layanan bilik tidur dari suami semenjak kahwin namun selepas mendapat anak pertama, layanan seperti dulu sudah menjadi kenangan sahaja. Cukup menyampah bila diminta untuk bersama namun kerana itulah sahaja suaminya, Puan Masri melayani suami hanya kerana terpaksa. Antara masalah utamanya ialah cepat keluar air mani sedangkan isteri baru nak “warm up”. Menurut arwah guru saya, masalah seperti ini boleh dipanggil sebagai sindrom ayam jantan. Ayam jantan boleh berjimak banyak kali namun dalam setiap jimak tersebut, ia akan diselesaikan dalam masa yang sangat pantas iaitu sekadar beberapa saat sahaja. Isteri memang benci suami yang macam ayam jantan ini.
Dari cerita yang telah saya kupas di atas, adalah satu fakta bahawa hubungan suami isteri di bilik tidur masa kini banyak yang menghadapi masalah. Masalah bilik tidur adalah satu azab dari Allah sebagaimana dijelaskan dalam surah Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Islam menyerukan umatnya agar bermuhasabah apabila ditimpa masalah. Apakah dosa yang kerap dilakukan oleh umat manusia sehingga Allah memberikan azab dalam hubungan bilik tidur suami isteri?? Segala yang baik adalah milik Allah dan Allah akan memberikan rahmat kebaikan ini kepada orang tertentu saja. Berkenaan rahmat dan azab ini, sekali lagi saya bawakan dua ayat Al Quran berikut:
A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
Al An’aam: 147
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.
Berkasih-kasihan antara suami dan isteri adalah satu rahmat Tuhan. Berjimak dengan sepenuh nikmat kepada suami dan isteri juga adalah satu rahmat dari Tuhan. Rahmat-rahmat ini dimiliki Allah dan hanya akan diberikan kepada mereka yang taat kepada Allah sesuai dengan A-li Imraan: 132 di atas. Jadi persoalan penting di sini ialah apakah dosa manusia sehingga rahmat Allah yang begitu dicari manusia tidak diberikan oleh Allah.
Sebelum saya menceritakan punca masalah ini, saya ingin membawa pembaca kepada surah Yunus 27
27- “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ……..”
Orang yang suka mencuri harta orang lain, kelak harta mereka juga akan dicuri oleh orang lain pula. Orang yang suka berzina, anak dan isterinya juga suka berzina sebagai balasan dari Allah. Orang yang suka berzina satu ketika kena aids atau penyakit kelamin. Berbagai bagai lagi azab yang Allah berikan untuk membalas dosa yang diberikan manusia. Berhutang duit zakat, Allah ambil duit dari pelbagai cara lain seperti saman dan kecurian. Inilah yang dinamakan sunnatullah atau kelaziman yang Allah berikan ke atas setiap dosa manusia.
Berzina adalah satu dosa besar. Bersubahat dengan zina, di sisi Allah adalah sama seperti pelaku zina. Seorang yang gemar menonton bahan lucah sebenarnya adalah menggalakkan orang berlakon berzina dan kerana adanya pasaran yang besar sedia menanti, industri bahan lucah berkembang biak. Industri bahan lucah tidak akan berkembang dan tidak akan ada pelakon yang berani berlakon berzina seandainya tidak ada yang sanggup membayar untuk menontonnya.
Selain menggalakkan orang berzina dengan menonton perlakuan zina mereka, peminat bahan lucah juga suka menonton aurat wanita yang bukan isterinya. Ini juga adalah satu dosa kesalahan terhadap penontonnya. Semua dosa-dosa ini merangsang nafsu seks penontonnya. Secara mudah saya boleh kategorikan dosa ini sebagai dosa berkaitan seks. Sebagai analogi, orang yang melakukan dosa berkaitan judi yang membazirkan banyak wang mereka, sebagai azab, Allah memberikan mereka kesempitan hidup yang kerap putus duit sehingga perlu meminjam dari along. Bila berjudi, rahmat kecukupan wang sudah ditarik balik oleh Allah dan menjadilah orang ini sebagai orang yang semakin bermasalah.
Sebenarnya, dari pemerhatian sekian tahun ke atas pelbagai manusia, apabila seseorang melakukan dosa berkaitan seks dengan menonton bahan pornografi, rahmat seks ke atas manusia tersebut akan Allah tarik balik sebagaimana orang yang buat maksiat berzina, satu ketika rahmat seks Allah ambil semula melalui penyakit kelamin atau penyakit AIDS. Apabila rahmat seks dari Allah ini ditarik semula oleh Allah, antara akibatnya ialah:
Apabila isteri berkehendak, suami tak berkehendak. Bila suami berkehendak isteri keletihan dan tidak berkehendak (miss match)
Apabila bersama, isteri belum warm up, suami sudah selesai (penyakit ayam jantan).
Isteri dah terlebih-lebih puas, suami belum sudah-sudah sehingga isteri naik menyampah.
Gaya berjimak digemari suami tetapi dibenci isteri atau sebaliknya.
Sakit pada alat kelamin atau sakit pinggang dan sakit lainnya sehingga mengelakkan keinginan nafsu isteri atau suami.
Akibat menonton adegan liwat, suami meliwat isteri pada duburnya dan ini menimbulkan dosa besar dan pergaduhan suami isteri yang tidak berkesudahan dan boleh menyebabkan perceraian seperti dialami beberapa selebriti.
Saya pernah diberitahu cerita seorang guru wanita yang masih muda dan berkahwin bermasalah dengan anunya, hanya dapat bersama suami sekali dalam tempuh dua bulan. Begitulah azab Allah dan sememangnya guru wanita ini banyak sangat dosanya.
Cara menangani masalah di atas adalah tidak lain tidak bukan hanya dengan bertaubat nasuha dengan tidak lagi melakukan dosa-dosa tersebut dan kaedah ini adalah sesuai sekali dengan surah A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
Taubatlah dan bila teringin hendak bersama isteri/suami, ambil wuduk dan solat hajat 2 rakaat mohon Allah beri rahmatNya sewaktu anda berjimak. Mulailah jimak dengan bismillah dan doa “Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak-anak yang Engkau kurniakan”. Mulakanlah dengan merangsang pasangan dan bukan dengan terus hendak memasukkan kemaluan semata-mata. Bila seronok tu berzikir dan ucapkanlah alhamdulillah kerana apabila kita bersyukur, insya-Allah Allah akan menambah rahmatnya.
Bagi isteri, perlu sekali belajar bahawa suami perlu diberi makanan melalui mulut bawahnya secukup-cukupnya agar tidak kelaparan bagai kucing liar. Bagi suami yang muda, menanti tempuh seminggu tidak berjimak kerana isteri datang haid adalah satu tempuh yang berat. Allah hanya melarang suami memasukkan anunya ke anu isteri pada tempuh ini. Suami juga tidak boleh beronani kerana ia kelak membawa dosa dan pelbagai masalah lain. Isteri perlu bijak memainkan peranannya pada tempuh lampu merah ini. Apa yang perlu dilakukan oleh si isteri ialah lakukanlah apa sahaja asalkan jangan masukkan ke anu isteri atau lubang dubur. Eloknya balutlah kemas macam bercawat anu anda dan lepas itu, lakukanlah apa-apa asalkan akhirnya air mani suami keluar. Boleh dijilat, digosok dengan tangan, bergomol dan sebagainya. Ia adalah satu ibadah.
Kalau isteri yang sedang pantang kerana melahirkan anak, proses ini perlu dilakukan dengan berterusan dan apa yang perlu pada masa ini ialah isteri jangan aktif sangat kerana mereka baru cedera malahirkan anak. Lakukanlah apa yang mampu dan pokoknya suami jangan beronani namun perbuatan onani ini apabila dilakukan oleh isteri, ia adalah diharuskan dalam Islam. Ia adalah satu ibadah.
Sebagai penutup, ingatlah bahawa segala yang baik adalah milik Allah sebagaimana surah
An Nisaak: 7
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat .
Carilah rahmat Allah dalam melayari bahtera perkahwinan

ooo.baru tahu..

Label:

Selasa, 15 Februari 2011

hantu kak limah balik rumah..


hari ni aku, suami dan anak-anak aku berkesempatan untuk menonton cerita hantu kak limah balik rumah di rumah emak aku..teringin juga nak tgk sebab kutipan filem ni hampir mencecah 8 juta..bukan main bersemangat la aku nak tengok cerita ni..di sini aku ade masukkan sinopsis hantu kak limah balik rumah.
Sinopsis filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ;
“Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’.  Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.  Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.
Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.  Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.  Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.  Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.  Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah.  Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput.  Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
time ni kena standbye kain untuk tutup muka..
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.  Hantu apakah itu sebenarnya?  Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut?  Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah “
 
anak-anak aku.apabila datang aje ke rumah atok dia,terus buka tv dan pasang cerita ni..aku pun suka juga sebenarnya..memang lawak giler..try la tengok..kat pawagam lagi best kot..

Label:

orang giler!!!

ni ade la satu kisah lucu aku nak share pada pembaca blog aku ni..kejadian ni berlaku 2 atau 3 minggu lepas.
pada satu pagi tu selepas aku say goodbye kepada suami dan anak aku untuk ke sekolah..aku mula menyapu di luar rumah..aku dah nampak ade seorang perempuan berdiri di beranda depan rumah aku..hati aku berbisik..ada orang rupanye ingat x ade orang bcoz dah lama rumah itu kosong..maklumlah aku baru pindah kat kawasan ni.maka x kenal la jiran2 kat sini..jd aku buat derk je la..pastu aku terlupa nak tutup pintu pagar..dalam 5 minit kemudian,sedang aku mengemas rumah aku terdengar derap tapak kaki seseorang di dalam pagar rumah.aku pun menyelak langsir dan melihat seorang perempuan berdiri di luar..tanpa berfikir panjang aku membuka pintu grill dan pintu rumah..lalu terus bertanya 'kak nak tengok rumah ke'?..soalan aku tiada jawapan,malah perempuan tu tengok aku macam nak telan..aku pun ape lagi,tak tertelan air liur aku seketika lalu terfikir mungkin orang gila..lalu menutup pintu rumah dengan kuatnye..
disini la perempuan tu berdiri

selepas tu aku menangis la seorang diri dan ketakutan..dalam setengah jam perempuan tu berada dalam kawasan rumah aku dan beredar dengan mengambil baju anak aku dan under aku,,nak buat ape pun tak tau la..memang mengerikan dan melucukan kerana peristiwa ini x pernah berlaku pada aku sblm ni..

ape dia buat dengan under aku tu ek?

Label:

jatuh..

aku ambil info ni bcoz adik selalu jatuh..pernah mase adik umur 1 tahun jatuh dari tingkap rumah dan sampai ke bawah..tp alhamdullillah tiade keceraan berlaku,hanya lebam2 akibat terhantuk dan bengkak seleruh muka..kakak ipar(doktor) aku telah mengesahkan tiada keceraan dalaman berlaku..tp sampai sekarang tandanya masih kekal..

lekut didahi itu la tanda adik jatuh mase umur 1 tahun

Jatuh
Pengenalan
Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 - 4 tahun lebih cenderung untuk sedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitarJatuhan mereka. Jatuh boleh berlaku di mana sahaja.
  1. Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
    1. Perabot
    2. Tangga
    3. Beranda
    4. 'Walker' baby
  1. Di kawasan luar rumah. Contohnya :
    1. Di padang permainan.
    2. Semasa menggunakan alat-alat permainan.

Kecederaan akibat jatuh
Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti kecederaan :
  • Tisu lembut - calar, terseliuh, luka dan melecek.
  • Patah - bengkak, sakit dan cacat anggota.
  • Kepala - bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
  • Organ dalaman.
Kesan Serius Akibat Jatuh
Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan pertumbuhan terbantut. Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.
Rawatan
Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.
  • Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat air penahan sakit (paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan kawasan cedera.
  • Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari untuk beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan. Balut dengan kain bersih.
  • Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk menggantung tulang yang patah pada anggota badan yang atas.
  • Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
  • Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.
Pencegahan
Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :
Tangga
  • Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
  • Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
  • Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
jatuh2
Lantai
  • Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang tidak berselerak di lantai.
  • Lapkan lantai basah akibat tumpahan air atau makanan dengan segera bagi mengelakkan lantai licin.
Susunan perabot
  • Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap.
  • Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.
info ni aku ambil dlm blog kementerian kesihatan malaysia..sekadar rujukan untuk aku pada mase hadapan supaya tidak menggelabah apbila terjadi sesuatu yang tidak diigini..
    x tahu kenape adik selalu jatuh..dari kecik sampai sekarang asyik jatuh..sudah2 la tu adik..bila nak berhenti jatuh agaknye!!

    Label:

    alergi

    Alergi
    Demam Alergi juga dikenali sebagai Rinitis Alergik atau alahan hidung. Penyebabnya ialah debunga, habuk, cendawan, makanan (seperti udang, ketam dan sotong), tungau atau hama dan bulu binatang peliharaan (kucing dan anjing).
    TANDA-TANDA DAN GEJALA
    • Bersin
    • Terasa gatal di hidung, tekak, telinga dan lelangit.
    • Hidung berair dan tersumbat
    • Terdapatnya garisan pemisah merentangi batang hidung
    • Batuk
    RAWATAN
    Di bawah ini diturunkan beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat demam alergi:
    • Antihistamin - Histamin ialah sebatian yang menyebab banyak daripada tindak balas alahan yang berlaku terhadap badan kita. Salah satu dari kesan antihistamin ialah rasa mengantuk. Berhati-hati apabila anda mengambil ubat jenis ini jika anda hendak memandu atau mengendalikan jentera berat. Terdapat juga ubat antihistamin generasi terbaru yang tidak ataupun kurang mengandungi bahan sedatif atau bahan yang boleh mengantuk.
    • Dekongestan boleh membantu menghentikan hidung tersumbat untuk seketika. Ia mengecutkan saluran darah di bahagian hidung dan selalunya tidak menimbulkan rasa mengantuk jika diambil. Ia hanya perlu diambil untuk jangka waktu yang pendek sahaja, tidak lebih dari 7 hari.
    • Semburan hidung steroid - boleh digunakan untuk merawat Rinitis Alergik. Penyembur steroid ini jika digunakan pada dos yang selamat boleh mencegah tindak balas alahan yang disebabkan oleh bahan-bahan alahan atau alergen.
    • Sodium Kromolin - bahan ini menghalang badan dari mengeluarkan sebatian histamin selepas anda terdedah kepada bahan-bahan alahan/alergen. Dengan ini ia mengurangkan atau menahan tindak balas alahan. Jika anda mudah mendapat alahan terhadap debungan anda boleh mengambil ubat ini sebelum atau semasa terdedah kepada bahan tersebut.
    PENJAGAAN SENDIRI
    • Jika mata anda gatal, merah dan menjengkelkan, basuhkan mata anda dengan air yang sejuk dan bersih untuk melegakannya.
    • Gunakan larutan salina untuk membasuh hidung serta menghilangkan alahan di bahagian atas saluran penafasan dengan mencuci semua bahan-bahan perengsa yang terdapat di dalam hidung.
    • Rendamkan kain yang bersih ke dalam air suam dan letakkan di atas muka untuk melegakan hidung yang tersumbat dan sakit.
    • Dapatkan tidur yang cukup - jika anda keletihan ia akan memburukkan lagi keadaan anda.
    • Pakai topeng bila anda memotong rumput atau mengemas rumah.
    • Pakailah cermin mata hitam pada hari yang berangin untuk melindungi mata anda dari bahan alahan/alergen yang dibawa oleh udara.
    • Jauhkan diri anda dari habuk, cendawan dan debunga yang terdapat di sekitar rumah dan di tempat kerja anda.
    • Jangan biarkan binatang peliharaan yang berbulu masuk ke rumah anda (seperti kucing atau anjing).
    • Amalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman selalu, berhenti merokok, jauhkan diri dari pencemaran udara, makan makanan yang sihat dengan memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Jauhkan diri dari gangguan asap dan wasap kimia.
    • Jangan merokok
    • Sesetengah kanak-kanak mungkin sensitif terhadap alat mainan yang berisikan sesuatu, oleh itu jangan berikan atau jauhkan mereka dari alat tersebut.
    • Periksa bantal anda, jika menggunakan bahan yang boleh menimbulkan alahan tukar kepada bahan sintetik.
    BERJUMPA DENGAN DOKTOR ANDA JIKA...
    Anda mendapat gejala berikut:
    • Suhu badan meningkat
    • Sakit telinga
    • Kelenjar dileher bengkak
    • Keluar lelehan yang pekat atau berwarna kuning dari hidung.
    PENGGUNAAN UBAT
    • Jika mata anda berair, gatal dan merah gunakan ubat antihistamin/ubat titisan mata (bertanyalah pegawai farmasi tentang cara menggunakannya dengan betul). Jangan lupa, ubat titisan itu tidak boleh digunakan lagi selepas 4 minggu atau mengikut seperti yang diarahkan.
    • Fahami betul-betul bila perlu dan tidak perlu menggunakannya.
    • Baca label ramuan dan arahan pada ubat tersebut bila anda hendak mula menggunakannya.
    • Bersenam boleh membantu melapangkan kesesakan dalam hidung anda. 
    Aku ambil info ni adalah untuk aku sendiri..sebab tanda2 dalam penyakit ni memang ade pada aku..aku memang alah pada habuk dan makanan lauk..so info ni untuk aku la..hehe..info ni aku ambil dari blog kementerian kesihatan malaysia..

    maklumla dah berumur ni macam-macam la penyakit datang..huhu

    Label:

    Demam

    hari ni adik demam..teringin pula aku untuk mencari entri pasal demam ni..aku cuba membuka blog kesihatan malaysia untuk mengetahui kenapa dan ape punce kita boleh demam..disini aku ingin share dengan pembaca blog aku ni tentang DEMAM..
    Demam
    Pengenalan
    Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.
    Penyebab Demam
    • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
    • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
    • Demam malaria
    • Penyakit sendi
    • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
    • Barah
    Rawatan
    Rawatan dirumah :
    • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
    • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
    • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
    • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
    • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
    • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
    Bila Perlu Berjumpa Doktor?
    Jika anda mempunyai gejala yang serius :
    • Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
    • Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
    • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
    • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
    • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
    • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
    • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
    • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
    • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
    • Demam berkaitan dengan kecederaan

    Pencegahan
    • Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
    • Mengamalkan kebersihan .
    • Ambil diet yang seimbang dan sihat.
    Soalan Lazim
    Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
    • Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
    • Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
    • Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
    • Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
    • Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
    • Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.
    Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?
    • Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
    • Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
    lepas ni aku perlu lebih mementingkan kesihatan aku sekeluarga..

    Label:

    Isnin, 14 Februari 2011

    adik@akif haidar

    macho tak muka adik?
    ni anak bongsu aku(bongsu buat mase ni la)iaitu adik..adik ade iras2 aku sikit..along mungkin terikut muka pa dia kot..tak tau la itu pandangan aku sahaja..adik seorang yang banyak cakap dan kadang2 adik suka buat lawak.boleh masuk raja lawak gitu..kalau x ade adik,rumah aku akan sunyi..tahun ni aku x hantar adik ke sekolah kerana pada aku adik masih kecil.mungkin kerana aku tak ade anak kecil kot..cousin2 yang sebaya dengan adik semua dah bersekolah.kadang2 adik bertanye kenape adik x bersekolah mcm budak lain?kasihan pula aku mendengarnye...maybe,tahun depan aku hantar adik bersekolah..


    td adik cakap bila besar nanti nak jadi polis..aku tersentuh kerana kecik2 lagi adik dah ade cita-cita..

    Ahad, 13 Februari 2011

    Along@Haikal Danial vs Pemalu

    Mmm,,bestnye air ni..

    ni anak sulong aku..sekarang umur dia dah nak masuk 6 tahun..along ni seorang anak yang baik,,tp kadang-kadang aku agak pelik dengan satu sikap along dr kecik lg x pernah berubah2..iaitu PEMALU..mmg agak sukar untuk mengetahui Along sakit atau tidak kerana along x banyak cakap atau mengadu sesuatu pd aku.ade satu hari tu Along sakit gigi,.sampai bengkak pipi pun along x mengadu pada aku..kalau budak lain mmg dah x tahan dan terus menangis..tp along tidak.aku sebagai ibu hanya tertanya2 kenape sikapnye begitu.. mungkin aku rasa dia takut untuk ke klinik agaknye.budak2 mmg takut dengan doktor kan?..berbalik pasal malu ni,ade satu hari tu, suami aku kena ganti guru yang mengajar di kelas along kerana cikgu tu bercuti..sebelum suami aku sampai ke kelas along,suami aku sempat memerhati dr jauh mcmn kelakuan anak sulong dia tengah belajar..along sedang bergurau dgn geng2 sekelas dia.jd suami aku masuk je la kelas along dengan memberi salam..dengan terkejutnya along lihat ayah dia masuk ke kelas,terus along tertunduk sampai habis waktu...dengan ayah sendiri pun along boleh malu..ya Allah..aku kena bertindak sebelum merebak ni..ade ape2 nasihat yang boleh membantu?komen dr anda amat diperlukan..


    mungkin umie atau pa pun berperangai begitu mase kecik kot..

    Label:

    Sabtu, 12 Februari 2011

    Techno Water

    Mula-mula aku memang tak berminat dengan benda ni..pada aku semua air adalah sama saje..bila di minum rasenye tetap sama dengan air biase yang ade kat rumah aku.apabila pada suatu hari aku terbaca satu risalah tentang penapis air ni.tiba-tiba timbul satu kesedaran betapa aku memang tidak menjaga kesihatan ahli keluarga aku sendiri terutama anak-anak aku yang semakin membesar dan membesar.lagipun harga dia memang murah dan boleh di bayar secara ansuran...dan di sini aku ingin kongsikan sekali kebaikan techno water ni..informasi ni aku ambil dlm kotak penapis air yang aku beli baru2 ini.
    ...TECNO WATER penapis air dalaman yg berkuliti, berjenama dan di SAH kan, serta mengeluarkan kuliti air yg dijamin serta mampu dimiliki setiap rumah dgn bulanan rendah. 10 Alasan kenapa meninum air baik untuk anda dan kenapa anda harus menetapkan meminum 8 – 10 gelas air sebagai sebahagian jadual waktu harian anda :
    1. Memperolehi kulit yang sihat
    2. Mengurangkan berat badan
    3. Menyingkir segala toksin di dalam badan
    4. Mengurangkan risiko di jangkiti penyakit jantung
    5. Melembutkan dan melicinkan sendi tulang dan otot-otot
    6. Sentiasa berada dalam keadaan selesa
    7. Sentiasa berasa segar, meningkatkan daya tumpuan dan kewarasan
    8. Mengawal suhu badan anda
    9. Mengurangkan risiko dijangkiti penyakit
    10. Berubah keadaanyang lebih baik
    Penapis Air TecnoWater kini dengan menambah teknologi baru yang istermewa, ia mampu meningkatkan prestasi untuk :
    • Menapis toksin – toksin dari badan anda
    • Meningkatkan metabolisma dan system keimmunan anda.
    • Membantu mencegah masalah jantung dan pengaliran darah
    • Melembapkan kulit anda, melambatkan hayat umur pigmentasi anda
    • Menyelesaikan masalah sembilit
    • Menjamin kesegaran ikan daging dan sayu-sayuran ke hayat yang lebih panjang
    • Menghapuskan bau ikan yang kurang elok dan menentukan khasihat tersebut 
    selepas aku pakai ni aku mmg kurang la rase sakit

    Label:

    Khamis, 10 Februari 2011

    rumahku syurgaku

    ok.ini rumah aku ..kecik jew kan?tp besar pada diri aku yang mmg x mampu nk beli rumah sebesar banglo tu....tp aku mmg x suka rumah besar2 sangat sb aku ni tak pandai nak kemas rumah pun..ni adk2 iparku yang tolong deco rumah ni..kalau harapkan aku maknenye..mmm faham2 je la..kalau nak tahu aku dah menyewa rumah semenjak aku mula2 kahwin lagi,kira2 dah nk masuk 8 tahun..kalu di buat pengiraan aku sendiri dah 21k aku beri kat makcik yang aku sewa rumah dulu tu..banyak jgk tu..

    Keluargaku..

    firstly asslamulaikum aku ucapkan.cerita pertama aku di hari pertama aku buat blog ni adalah pasal keluargaku..inilah keluargaku.yang pakai baju biru tu..akulah(x cantik pun).aku ada 2 orang anak..kedua2 nya lelaki..teringin sangat nak dapat anak perempuan tp sabor jelah.. tunggu next year la kot..yang pakai baju biru jgk tu adalha suamiku yang tersayang..dia simple2 jew..x cerewet pun..baik n caring sangat..walaupun aku sodar sapo la aku ni..huhu..

    Label: