cinta sempurna....

kisahku adalah hidupku...

Selasa, 15 Februari 2011

alergi

Alergi
Demam Alergi juga dikenali sebagai Rinitis Alergik atau alahan hidung. Penyebabnya ialah debunga, habuk, cendawan, makanan (seperti udang, ketam dan sotong), tungau atau hama dan bulu binatang peliharaan (kucing dan anjing).
TANDA-TANDA DAN GEJALA
  • Bersin
  • Terasa gatal di hidung, tekak, telinga dan lelangit.
  • Hidung berair dan tersumbat
  • Terdapatnya garisan pemisah merentangi batang hidung
  • Batuk
RAWATAN
Di bawah ini diturunkan beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat demam alergi:
  • Antihistamin - Histamin ialah sebatian yang menyebab banyak daripada tindak balas alahan yang berlaku terhadap badan kita. Salah satu dari kesan antihistamin ialah rasa mengantuk. Berhati-hati apabila anda mengambil ubat jenis ini jika anda hendak memandu atau mengendalikan jentera berat. Terdapat juga ubat antihistamin generasi terbaru yang tidak ataupun kurang mengandungi bahan sedatif atau bahan yang boleh mengantuk.
  • Dekongestan boleh membantu menghentikan hidung tersumbat untuk seketika. Ia mengecutkan saluran darah di bahagian hidung dan selalunya tidak menimbulkan rasa mengantuk jika diambil. Ia hanya perlu diambil untuk jangka waktu yang pendek sahaja, tidak lebih dari 7 hari.
  • Semburan hidung steroid - boleh digunakan untuk merawat Rinitis Alergik. Penyembur steroid ini jika digunakan pada dos yang selamat boleh mencegah tindak balas alahan yang disebabkan oleh bahan-bahan alahan atau alergen.
  • Sodium Kromolin - bahan ini menghalang badan dari mengeluarkan sebatian histamin selepas anda terdedah kepada bahan-bahan alahan/alergen. Dengan ini ia mengurangkan atau menahan tindak balas alahan. Jika anda mudah mendapat alahan terhadap debungan anda boleh mengambil ubat ini sebelum atau semasa terdedah kepada bahan tersebut.
PENJAGAAN SENDIRI
  • Jika mata anda gatal, merah dan menjengkelkan, basuhkan mata anda dengan air yang sejuk dan bersih untuk melegakannya.
  • Gunakan larutan salina untuk membasuh hidung serta menghilangkan alahan di bahagian atas saluran penafasan dengan mencuci semua bahan-bahan perengsa yang terdapat di dalam hidung.
  • Rendamkan kain yang bersih ke dalam air suam dan letakkan di atas muka untuk melegakan hidung yang tersumbat dan sakit.
  • Dapatkan tidur yang cukup - jika anda keletihan ia akan memburukkan lagi keadaan anda.
  • Pakai topeng bila anda memotong rumput atau mengemas rumah.
  • Pakailah cermin mata hitam pada hari yang berangin untuk melindungi mata anda dari bahan alahan/alergen yang dibawa oleh udara.
  • Jauhkan diri anda dari habuk, cendawan dan debunga yang terdapat di sekitar rumah dan di tempat kerja anda.
  • Jangan biarkan binatang peliharaan yang berbulu masuk ke rumah anda (seperti kucing atau anjing).
  • Amalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman selalu, berhenti merokok, jauhkan diri dari pencemaran udara, makan makanan yang sihat dengan memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Jauhkan diri dari gangguan asap dan wasap kimia.
  • Jangan merokok
  • Sesetengah kanak-kanak mungkin sensitif terhadap alat mainan yang berisikan sesuatu, oleh itu jangan berikan atau jauhkan mereka dari alat tersebut.
  • Periksa bantal anda, jika menggunakan bahan yang boleh menimbulkan alahan tukar kepada bahan sintetik.
BERJUMPA DENGAN DOKTOR ANDA JIKA...
Anda mendapat gejala berikut:
  • Suhu badan meningkat
  • Sakit telinga
  • Kelenjar dileher bengkak
  • Keluar lelehan yang pekat atau berwarna kuning dari hidung.
PENGGUNAAN UBAT
  • Jika mata anda berair, gatal dan merah gunakan ubat antihistamin/ubat titisan mata (bertanyalah pegawai farmasi tentang cara menggunakannya dengan betul). Jangan lupa, ubat titisan itu tidak boleh digunakan lagi selepas 4 minggu atau mengikut seperti yang diarahkan.
  • Fahami betul-betul bila perlu dan tidak perlu menggunakannya.
  • Baca label ramuan dan arahan pada ubat tersebut bila anda hendak mula menggunakannya.
  • Bersenam boleh membantu melapangkan kesesakan dalam hidung anda. 
Aku ambil info ni adalah untuk aku sendiri..sebab tanda2 dalam penyakit ni memang ade pada aku..aku memang alah pada habuk dan makanan lauk..so info ni untuk aku la..hehe..info ni aku ambil dari blog kementerian kesihatan malaysia..

maklumla dah berumur ni macam-macam la penyakit datang..huhu

Label:

2 Ulasan:

Blogger Unknown berkata...

saye ni kak..alergi gak.. ape akak kate ari tu..putus urat...

17 Februari 2011 pada 1:03 PG  
Blogger seriey berkata...

haha..ingat lagi ke?

18 Februari 2011 pada 12:45 PG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama