cinta sempurna....

kisahku adalah hidupku...

Selasa, 15 Februari 2011

hantu kak limah balik rumah..


hari ni aku, suami dan anak-anak aku berkesempatan untuk menonton cerita hantu kak limah balik rumah di rumah emak aku..teringin juga nak tgk sebab kutipan filem ni hampir mencecah 8 juta..bukan main bersemangat la aku nak tengok cerita ni..di sini aku ade masukkan sinopsis hantu kak limah balik rumah.
Sinopsis filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ;
“Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’.  Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.  Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.
Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.  Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.  Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.  Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.  Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah.  Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput.  Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
time ni kena standbye kain untuk tutup muka..
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.  Hantu apakah itu sebenarnya?  Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut?  Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah “
 
anak-anak aku.apabila datang aje ke rumah atok dia,terus buka tv dan pasang cerita ni..aku pun suka juga sebenarnya..memang lawak giler..try la tengok..kat pawagam lagi best kot..

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama