perkataan inilah yang paling aku tak suka..yang sebenarnya aku memang tak nak buat lesen ni..tp aku di paksa oleh suami aku..oleh sebab itu aku sekali lagi menjadi student yang dah tuo..memang x berminat..tp aku pergi juga kekelas memandu ni..kali pertama dan kedua aku boleh terima lagi kerana hanya duduk di
bilik sejuk. bilik sejuk ni adalah panggilan cikgu disini untuk bilik kuliah kerana ada penghawa dingin.pada aku tetap panas sebab aku x suka belajr memandu ni.aku hanya mendengar dan mendengar sahaja,,masuk kali ketiga, ketegangan sudah berlaku pada aku kerana aku dikehendaki menunggang motor dan
merempit di atas litar.haha....aku kena lakukan break emergency yang banyak kali x menjadi tu dan meniti titi yang disediakan yang banyak kali aku terkandas...aku x faham kenapa budak2 lain ok jew naik titi tu...kali ni aku kena belajar bersungguh2 untuk mendapat lesen P kerana dalam bulan hadapan aku kena melalui ujian dihadapan JPJ..ya Allah, aku ni dah la ade penyakit gemuruh..di buatnye jatuh depan JPJ,tak ke malu muka aku yang dah malu ni..harap2 semua berjalan dengan lancar..dan cepat2 la aku ni lulus supaya x lagi aku pijak lagi dekat sekolah memandu tu..
Label: kisahku..